
Institut Sukan Negara Malaysia
Current Promotions
No video available
Get in Touch
About
Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan dalam peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia.
Bagi mempersiapkan pembangunan dan perkembangan aplikasi sains, perubatan dan teknologi sukan yang unggul dan bertaraf dunia, ISN telah menyediakan satu pelan perancangan jangka panjang bermula dari tahun 2015 – 2025 bagi menentukan hala tuju pembangunan dan perkembangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara yang bersepadu dan menyeluruh ke arah merealisasikan hasrat Pelan Strategik KBS, Wawasan 2020 dan Misi Nasional.
Selain menjadi hala tuju KBS, penggubalan Pelan Strategik ISN 2015 – 2025 ini menjadi sangat penting kepada arena sukan negara yang sentiasa berdepan dengan cabaran kemajuan sains, perubatan dan inovasi sukan dari negara-negara lain yang sentiasa bersaing dalam kemajuan sukan negara masing-masing demi menjulang dan memartabatkan maruah negara dalam bidang sukan.
Dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan sukan. Kajian semula Pelan Strategik 2016 – 2020 dibentuk bagi merintis kecemerlangan dan kegemilangan melalui perancangan dan pelaksanaan program secara strategik dan terancang.
Pelan ini akan dijadikan panduan dan sumber rujukan pihak pengurusan atasan dan warga ISN bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan ISN sebuah institut yang unggul dan bertaraf dunia di dalam pembangunan dan pengaplikasian bidang sains, perubatan dan inovasi sukan negara demi memajukan prestasi atlet dan sukan amnya.
Keywords
No keywords available
Amenities
No amenities listed yet
Upcoming Events
No upcoming events scheduled
Frequently Asked Questions
No FAQs available for this business.
Reviews
No reviews yet. Be the first to review!
Social Links
Photo Gallery
No photos available
Contact Information
Business Info
Location
Business Hours
Business hours not available
Own This Business?
Unclaimed
Take control of your business page to update information, respond to reviews, and more.
Claim This Business